Perbahasan para ulama berkaitan hukum yang yang membabitkan insurans ini sebenarnya telah mula diperbincangkan secara mendalam oleh para ulama semenjak tahun 1830 lagi. (Mohd Mazli Mohd Aini, tt) . Permasalahan ini menjadi khilaf dalam kalangan ulama.
1.1 PENDAPAT PERTAMA
Pendapat yang pertama ialah pendapat yang mengharuskan kesemua jenis insurans. Pendapat ini merupakan pendapat minoriti. Antara ulama yang berpandangan sedemikian ialah Syeikh Mustafa al-Zaerqa’, Abdul Rahman Isa, Dr. Muhammad al-Bahi, Ustaz Muhammad Yusuf Musa dan Ustaz Ali al-Khafif. (Al-Bakri, 2017)
Golongan ini ialah golongan minoriti yang mempertahankan pendapat mereka bahawa insurans sama ada berasaskan perniagaan atau tidak adalah harus kerana ianya adalah bertersaskan prinsip tolong-menolong. Mereka juga berhujah dengan menggunakan kaedah yang dinyatakan oleh al-Sayuti bahawa “Sesuatu hukum itu adalah harus sehingga tiada dalil yang mengharamkannya”. (Mohd Mazli Mohd Aini, tt)
1.2 PENDAPAT KEDUA
Pendapat kedua ialah semua jenis insurans adalah haram. Pendapat ini merupakan pendapat majoriti yang berpandangan bahawa akad insurans adalah akad yang fasid dan tiada nas yang mengharuskannya. Antara ulama yang berpandangan semua jenis insurans adalah Al-Allamah Muhammad bin Abidin, Al-Allamah Syeikh Muhammad Bakhit al-Mut’ie al-Hanafi, Syeikh al-Kabir al-Allamah Muhammad Abu Zahrah Rahimahullah, Dr. Isa Abduh, Syeikh al-Alim Muhammad Ali al-Bulaqi dan Syeikh Mohd Najib al-Mut’ie. (Al-Bakri, 2017)
Menurut majoriti ulama, perniagaan insurans adalah tidak selaras dengan kehendak-kehendak syariah kerana mengandungi unsur riba, gharar dan maisir (Yusof, 1996). Riba ini terjadi apabila pihak pencarum menuntut ganti rugi kepada syarikat insurans disebabkan musibah yang berlaku terhadap atas dirinya. apabila tuntutan dibuat, maka pihak insurans akan membayar ganti rugi dengan jumlah yang berlipat kali ganda daripada jumlah premium yang dibayar oleh pencarum. perkara inilah yang dipanggil riba al-fadhl mengikut perkiraan hukum fiqh. Allah berfirman :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَٰمُ رِجۡسٞ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ
maksudnya : “ wahai orang-orang yang beriman! bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauihinya supaya kamu berjaya”.