Takaful dan insurans merupakan satu keperluan dalam kehidupan manusia . ia berfungsi untuk meminimumkan kesan yang ditanggung oleh seseorang individu atau organisasi akibat risiko yang tidak terduga yang menimpanya. Sebagai umat islam kita perlu memilih cara pengurusan risiko yang jelas tentang hukum keharusannya serta selaras dengan dengan prinsip-prinsip keadilan dan ihsan seperti yang dianjurkan oleh islam. Takaful dilihat sebagai satu solusi yang terbaik dalam mengurusakan risiko kerana ia berteraskan kerjasama dan persaudaraan yang dititikberatkan oleh islam.