PENGENALAN

 Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sentiasa terdedah kepada risiko berlakunya musibah dan malapetaka. Pengurusan risiko adalah satu langkah atau usaha berhadapan dengannya. Ia bukan bermaksud melawan takdir atau tidak menerima qada’ dan qadar yang telah ditentukan. Malah, ia juga merupakan sesuatu yang dituntut oleh agama berdasarkan firman Allah :

…وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُۥٓۚ …

“…dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya…”

 Tidak dapat dinafikan lagi bahawa manusia pada zaman ini memerlukan insurans sebagai langkah berjaga-jaga bagi menghadapi risiko atau musibah yang mungkin akan berlaku. Jika dilihat kepada falsafah insurans yang dibina atas dasar mengurus dan menjamin risiko kepada pencarum, ia tidak bertentangan dengan konsep Islam yang sentiasa menyeru manusia kepada kebaikan dan saling bantu-membantu. Walaupun begitu, niat yang baik sahaja tidak menjamin ianya akan diterima oleh Islam sebagai sesuatu yang baik seperti kata orang “niat yang baik tidak menghalalkan cara”.

 Walaupun insurans kenvensional dan takaful Islam terlibat dalam satu jenis perniagaan yang sama iaitu menyediakan pelindungan dan mengurus risiko pencarum,tetapi kedua-duanya beroperasi dari perspektif yang berbeza.

TAKAFUL

 Takaful merupakan kata pinjaman daripada Bahasa Arab dari kata dasar bagi perkataan كفل yang bermaksud menjamin, menjaga atau memelihara. Manakala perkataan `takaful` itu pula memberi maksud saling menjamin atau saling memelihara. Takaful dari istilah boleh diertikan sebagai satu pakatan yang bersetuju untuk saling membantu dan manjamin satu sama lain apabila ditimpa musibah atau kerugian.

  Seksyen 2 Akta Takaful 1984 menjelaskan konsep takaful sebagai satu skim berdasarkan persaudaraan, perpaduan dan saling bantu-membantu yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan bersama kepada peserta pada waktu yang diperlukan di mana peserta bersama-sama bersetuju untuk menyumbang kepada tujuan tersebut. Seksyen dua ini menjelaskan perniagaan takaful sebagai perniagaan yang tujuan dan pengendaliannya tidak melibatkan apa-apa unsur yang tidak diluluskan oleh syarak.

Berdasarkan definisi yang telah diberikan, kita boleh faham bahawa takaful itu mempunyai prinsip kerjasama, tolong menolong dan tanggungjawab bersama yang merupakan suatu tuntutan dalam Islam. firman Allah :

…وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ

(surah al-maidah : 2)

Maksudnya : “dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebaikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa(maksiat) dan pencerobohan”

Takaful ialah satu pelan insurans yang memiliki ciri patuh Shariah. Ini bermaksud di bawah Takaful, terdapat banyak produk patuh Shariah yang lain seperti Takaful perubatan, Takaful kenderaan, dan banyak lagi. Istilah Takaful juga merujuk kepada konsep insurans Islamik yang berasaskan kerjasama bersama, dimana segala risiko dan dana dikongsi bersama. Bantuan kewangan juga disediakan dibawah Takaful yang dikenali sebagai Tabarru’ (sedekah) dengan dana yang disumbang oleh individu dibawah perlindungan Takaful.

INSURANS

Perkataan insurans asalnya bermaksud suatu kumpulan yang membuat kutu bagi meringankan beban kewangan individu dan menghindari kesulitan perbelanjaan (Muslehuddin, 1988). Menurut Kamus Dewan pula, insurans ialah perjanjian tanggungan yang dibuat oleh sesebuah syarikat untuk menggantikan kerugian seseorang dengan bayaran premium tertentu. di dalam Bahasa arab, perkataan insurans disebut sebagai at-ta’min yang berasal daripada perkataan ‘aman’ iaitu aman dan menghindar ketakutan (Al-Bakri, 2017).

Menurut irsyad al-fatwa, insurans dari segi istilah ialah satu perjanjian yang bermaksud “akad yang melazimkan sesuatu  kepada al-muammin (syarikat insurans) berperanan untuk menunaikan sesuatu kepada al-muamman lahu (pemegang polisi) atau kepada al-mustafid (pengambil faedah) yang telah disyaratkan iaitu, mablagh minal mal (sejumlah pampasan) atau sesuatu yang dipersetujui antara syarikat dan pemegang  polisi sewaktu berlakunya musibah atau kemalangan seperti yang diterangkan dalam akad sedangkan pemegang polisi pula perlu membayar premium yang telah ditetapkan kepada syarikat insurans”.

Insurans dan takaful  membawa maksud yang sama iaitu memberikan perlindungan. Di Malaysia kedua-dua istilah ini diguna pakai dalam situasi yang berbeza dimana insurans adalah syarikat yang tidak mengikut prinsip mu’amalah Islam manakala takaful pula adalah sebaliknya. Namun demikian di negara-negara timur tengah, mereka masih mengekalkan perkataan at-ta’min. Cuma yang mengikut prinsip mu’amalah Islam disebut sebagai al-ta’min al-islami.

PERBEZAAN INSURANS DAN TAKAFUL

1.1      AKTA YANG MENGAWAL SELIA

 Di Malaysia, insurans konvensional dikawal oleh Akta Insurans 1996. Akta ini diadakan untuk mengawal perkembangan syarikat – syarikat insurans yang semakin banyak dan mengawal aktiviti perjudian dan pertaruhan daripada memasuki industri insurans. Takaful Islam pula dikawal selia oleh Akta Takaful 1984 yang juga berbentuk pengawal seliaan. Akta Takaful 1984 mewajibkan pihak pengendali takaful menubuhkan Jawatankuasa Pengawasan Syariah untuk menasihat pihak syarikat untuk menasihat pihak syarikat supaya operasi dan pengandaliannya tidak bertentangan dengan syariah. (Dr, tt)

1.2     PERKONGSIAN UNTUNG

Setiap sumbangan yang dicarumkan oleh peserta takaful akan dipecahkan kepada dua akaun iaitu Akaun Peserta dan Akaun Khas Peserta. proses pengembangan dana dilakukan menerusi pelaburan ( mudarabah ) . Hasil daripada pelaburan ini akan dikongsi antara peserta dan pengendali takaful berdasarkan peratusan yang telah dipersetujui. Di dawah konsep mudarabah ini, belanja pengurusan seperti membayar gaji pekerja dan sewa pejabat tidak akan dicaj. Jadi, wang sumbangan peserta akan dibelanjakan sepenuhnya untuk membayar tuntutan peserta dan takaful semula.

Hal ini amat bertentangan dengan insurans konvensional di mana insurans ini tiada prinsip perkongsian keuntungan kerana wang hasil yang terkumpul adalah milik mutlak syarikat insurans dan terpulang kepada syarikat untuk mengendali dan menguruskannya. (Dr, tt)

PANDANGAN ULAMA TERHADAP INSURANS KONVENSIONAL

Perbahasan para ulama berkaitan hukum yang yang membabitkan insurans ini sebenarnya telah mula diperbincangkan secara mendalam oleh para ulama semenjak tahun 1830 lagi. (Mohd Mazli Mohd Aini, tt) . Permasalahan ini menjadi khilaf dalam kalangan ulama.

1.1        PENDAPAT PERTAMA

Pendapat yang pertama ialah pendapat yang mengharuskan kesemua jenis insurans. Pendapat ini  merupakan pendapat minoriti. Antara ulama yang berpandangan sedemikian ialah Syeikh Mustafa al-Zaerqa’, Abdul Rahman Isa, Dr. Muhammad al-Bahi, Ustaz Muhammad Yusuf Musa dan Ustaz Ali al-Khafif. (Al-Bakri, 2017)

Golongan ini ialah golongan minoriti yang mempertahankan pendapat mereka bahawa insurans sama ada berasaskan perniagaan atau tidak adalah harus kerana ianya adalah bertersaskan prinsip tolong-menolong. Mereka juga berhujah dengan menggunakan kaedah yang dinyatakan oleh al-Sayuti bahawa “Sesuatu hukum itu adalah harus sehingga tiada dalil yang mengharamkannya”. (Mohd Mazli Mohd Aini, tt)  

1.2        PENDAPAT KEDUA

Pendapat kedua ialah semua jenis insurans adalah haram. Pendapat ini merupakan pendapat majoriti yang berpandangan bahawa akad insurans adalah akad yang fasid dan tiada nas yang mengharuskannya. Antara ulama yang berpandangan semua jenis insurans adalah Al-Allamah Muhammad bin Abidin, Al-Allamah Syeikh Muhammad Bakhit al-Mut’ie al-Hanafi, Syeikh al-Kabir al-Allamah Muhammad Abu Zahrah Rahimahullah, Dr. Isa Abduh, Syeikh al-Alim Muhammad Ali al-Bulaqi dan Syeikh Mohd Najib al-Mut’ie. (Al-Bakri, 2017)

Menurut majoriti ulama, perniagaan insurans adalah tidak selaras dengan kehendak-kehendak syariah kerana mengandungi unsur riba, gharar dan maisir (Yusof, 1996). Riba ini terjadi apabila pihak pencarum menuntut ganti rugi kepada syarikat insurans disebabkan musibah yang berlaku terhadap atas dirinya. apabila tuntutan dibuat, maka pihak insurans akan membayar ganti rugi dengan jumlah yang berlipat kali ganda daripada jumlah premium yang dibayar oleh pencarum. perkara inilah yang dipanggil riba al-fadhl mengikut perkiraan hukum fiqh. Allah berfirman :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَٰمُ رِجۡسٞ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ 

maksudnya : “ wahai orang-orang yang beriman! bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauihinya supaya kamu berjaya”.

KESIMPULAN

Takaful dan insurans merupakan satu keperluan dalam kehidupan manusia . ia berfungsi untuk meminimumkan kesan yang ditanggung oleh seseorang individu atau organisasi akibat risiko yang tidak terduga yang menimpanya. Sebagai umat islam kita perlu memilih cara pengurusan risiko yang jelas tentang hukum keharusannya serta selaras dengan dengan prinsip-prinsip keadilan dan ihsan seperti yang dianjurkan oleh islam. Takaful dilihat sebagai satu solusi yang terbaik dalam mengurusakan risiko kerana ia berteraskan kerjasama dan persaudaraan yang dititikberatkan oleh islam.

RUJUKAN

Al-Bakri, Z. M. (2017). Irsyad al-Fatwa. Selangor: BS Print (M) Sdn. Bhd.

Dr, M. Y. (tt). Perbandingan Kontrak Insurans Islam Dan Insurans Konvesional.

Mohd Mazli Mohd Aini, A. D. (tt). Insurans Menurut Perspektif Syariah.

Muslehuddin, M. (1988). Insurans dan Hukum Islam. Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd.

Yusof, M. F. (1996). takaful Sistem Insurans Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.